Sunday, July 22

Segmen Bayi Yang Comel












Selamat tengahari korang ...Siapa kat sini suka baby ?? macam biasa angkat kening please hohoho .. You know, aku ni memang pencinta baby .. kalaulah baby ni macam kucing dah lama aku bela banyak-banyak ..tapi aku suka baby je kalau bila dah besar sikit dah kurang perasaan suka tu ...muahaha

Dulu aku ada kenal ramai baby sebab dulu kakak aku jadi babysitter sekejap kat Puchong, salah seorang ialah baby Hafy ! kau tahap kecomelannye boleh membuatkan korang menggelupur tahu, rasa macam nak tebar-tebar je pipi dia setiap masa ...Tuhan je yang tahu betapa rindunya aku dengan budak-budak ni ... ( keletah dan perangainya yang Hyper kot sebab tu tak leh lupa ) 

Kat sini Hafy ada geng, nama dia Iman , Iman pulak ada kembar tapi Iman dengan Hafy tak berapa geng  dengan kembar Iman sebab kembar Iman suka tidur.

Iman ni pulak jenis yang gangsta sikit tak berapa boleh nak bawak bergurau abis calar muka kau nanti, tak pon dia yang calarkan muka dia ( kadang-kadang sebab bergadoh dengan kembar dia)







Baby Hafy yang gemok


Ni ialah baby Iman, gangsta sikit tapi Iman adalah perempuan ..hah ?!

Kita satu geng . Kau ada ?? hari-hari tawaf rumah sama-sama ..hehe

"Aku memang gangsta sikit, kalau ko nak bergurau dengan aku, aku calorkan muka kau, kalau tak dapat muka ko muka aku calorkan t bila mak aku tanya aku petik la nama ko"

*Okay ayat tipu






Salah satu habit Hafy ni ialah bila nampak je orang terus merangkak laju-laju, then kacau orang tu .. Contohnya ; gambar di bawah ni ye tuan-tuan , ternyata keletahnya memang tak dapat disangkal lagi bila dia sedaya upaya nak tarik kamera ..aigo ~~





Cuba korang perhatikan lagi gambar-gambar di atas jelas kelihatan air liur yang bersembur-sembur , bila gelak je dah bersembur-sembur, dulu mula-mula memang selalu salin baju sebab bayangkan baju boleh lencun dengan air liur je ! 





Lagi satu habit Hafy ni, suka sangat test gigi dia ..adakah dia mahu test ketajaman giginya ? atau mahu mencuba pelbagai perkara ? atau setiap barangan kelihatan seperti makanan sebab tu nak gigit je ? tak pe bila dah besar aku tanya huahaha nasib baik lah kau comel kan kan..






Sekian,

Happy Sunday and Happy Fasting..

Hari ni nak berbuka apa ye ?? 









Fudgy Homemade Brownies

Assalamualaikum There's many reason why I love brownies. Because they were easy to make, richest in chocolate and you don't even ne...