Thursday, January 12

Cinta Pertama

Assalamualaikum




Hari ni,aku nak tulis cerita yang sedih bagi aku.Terasa dunia ni sangat kecil..bila kita sudah berpisah dengan seseorang..pasti akan muncul seseoorang yang punyai kaitan dengan dia.Baru je aku nak lupakan pasal fadzil..hari ni kawan lama aku,Fariha aku bagitau aku pasal rakan sekuliahnya,....Fadzil yang aku cintai dulu..Fadzil yang aku kenal..


Kata orang,bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor..
Tapi bagi aku,untuk melupakan seseorang sangat sukar..
Sukar sangat-sangat
Biar tahun berganti tahun..
Ingatan aku hanya pada dia..

Bagi aku,Kenapa adanya cinta yang palsu?
Entah kenapa,hari ni ingatan aku hanya terarah pada dia.
Dan waktu perkenalan aku dengan dia...

Dulu waktu mula-mula aku kenal dia.
Memang betapa aku bencikan dia.
Sebab dia orang tak sukakan aku.
Sebab dia tegur aku,minta aku carikan beg dia.
Sebab tu,perempuan lain memerhatikan dan menyalahkan aku.
Aku tak sukakan dia...

Dan bila aku dengan dia.
perempuan menyalahkan aku.
Kata mereka,Cinta aku berdasarkan rupa.
Sebab Fadzil mempunyai rupa yang memang bisa menggetarkan hati sesiapa yang melihat.
Tapi bagi aku tidak.
Rupa tidak ada apa.
Aku memang cinta dia sepenuh jiwa aku.

Tahun berganti tahun.
Aku dengan dia masih bersama.
Masuk tahun keempat.
Aku rasakan kasih dia makin pudar.
Dia bukan dia.
Dan
Akhir tahun pertama pengajian aku.
Saat yang aku tak boleh lupakan .
Fadzil luahkan kata-katanya.
Katanya dia tak cintakan aku lagi.
Aku bukan siapa2.

Tahu betapa remuk dan sedihnya hati aku.
Hanya Allah sahaja yang tahu.
Saban hari aku aku dalam kesedihan.
Saban hari aku cuba lupakan dia
Saban hari..

Dan aku tak tahu apa yang aku nak coretkan lagi.

Cukup lah hati..

*********************************

 

Ya Allah bantu lah hambamu ini.



Tuesday, January 10

Jodoh

 Assalamualaikum


  Ini cerita weekend aku..lambat update sebab tak ada masa nak update..walaupun nak sangat aku update.

 Sabtu minggu depan rombongan merisik kakak aku datang..dan bila ayah aku bagitau aku,aku rasa satu perasaan...yang boleh aku simpulkan sebagai risau dan sedikit cemburu....eh cemburu?

  Okey jangan fikir bukan-bukan..cemburu bukan sebab aku kayu tiga apa..tapi cemburu sebab aku sebagai perempuan yang bakal jejak angka 20 an dalam lima bulan lagi..tapi masih tak punyai teman....err..aku tak ngeti explain....faham tak?

  Tapi aku bukan nak kahwin awal.bagi aku at least lepas aku habiskan degree,aku dah setahun dua kerja baru aku nak kahwin..dengan lelaki yang aku cinta.pastilah kan..hewhewhew...sebabkan perangai aku yang gelabah peliks,maksudnya disebabkan aku ni perempuan yang sangat susah nak suka seseorang...dan aku pun seorang yang yang memang sangat lupakan kekasih pertama,lupakan orang yang aku suka susah sangat..peliks kan..sebabkan itulah..bukan main banyak sebab aku risau..kalau-kalau aku dah umur 26 aku tak suka siapa2..kang orang cakap aku tak suka lelaki parah lah..hehe...maka sehari lepas tu aku siap buat janji dengan ayah aku..



Aku :Ehem..ayah sebenarnye kan,ada sesuatu yang nah nak cakap.


Ayah aku : amendenye?

Aku :Dalam family kita semua nak kena kahwin awal...(based on apa yang bapak aku bagitau sebelum ni..at least sebelum umur 26 dah kena kahwin..tak mahu sejarah berulang katanya)....so I'm really worried..ayah kalau lah umur Nah 25 tahun tak jumpa lagi lelak pilihan ..ayah silalah jangan malu-malu kambing carikan saya lelaki pilihan..cari lah asal kan orang kedah atau kelantan..muahehe..terselit sifat malu-malu

Ayah aku : Dengan tenang.."Kamu doa sajala "

Aku terus terdiam..doa..Ya Allah..



**********


Aku berfikir..Ya Allah aku meminta dekat ayah aku carikan lelaki yang sempurna..sampaikan aku terlupa untuk berdoa dan meminta daripada Allah..Aku tak berdoa dengan Allah..betapa alpanya aku...ampunkan aku ya-allah...





"mana lagi penting,berusaha mendapatkan jodoh atau mempersiapkan diri?
Sekiranya diri kta sudah siap dan sedia,jodoh itu tidak perlu dikejar tapi
sebaliknya jodoh yang akan mengejar kita.Wahai Muslimah,tidak perlulah dirimu terkejar-kejar akan cinta yang tidak pasti pasti tapi cubalah kejar cinta-Nya dan persiapkanlah dirimu dengan ilmu di dada demi mencari redha-nya...dan insyaallah suatu hari nanti pasti hadir insan yang terbaik buat dirimu "..






***************************



So,I'm praying for my sister...semoga berbahagia...amin

                   




                 

empty room

Assalamualaikum.

Gd morning..to me..sob sob..sedih bangat hari ini..suasana office senyap sunyi..memang la sunyi sebab aku sorang je..dekat sini..huhu..sedih kan...kak Hanum mc..so sebagai student praktikal haruslah terkapai-kapai bila ketua tiada..Bila ketua tiada barulah tahu maksud tak tentu arah..itulah kau bila kak hanum terangkan dekat kau,boleh pulak kau pergi berangan..mata dekat pc tapi hati dekat lain..bila dah sensorang macam ni lah kesudahannya...dah la aku kena ganti 100% kak hanum tak sampai sebulan lagi...

wee..kak hanum gonna be a mummy again..congrate2

*********************************


Senyap je......arghh....aku tak tahan........

Sekian




                 

Thursday, January 5

Melampau

Assalamualaikum

Perkara ni dah banyak kali aku nak tulis.

Lupa..

Besoknya..

Lupa.

Lupa..

Lupa

Dan

Lupa..

Astaqfirullah..


aku baru umur 19 tahun,bukan nya 89 tahun..entah-entah nenek,atuk yg umur 90 tahun lagi kuat ingatan dari aku..

Kelakarnya,dekat tempat aku praktikal ni..aku kena buat PR,RFP,DO dan semuanya memang sangat memerlukan otak,sebab sangat banyak step..dan aku pon pertama kali buat benda alah ni..
beb aku student mekanikal.........  danakutaktahu kenapa kerja praktikal aku kena buat kerja ni..what?!!

Ada satu akak dekat tempat aku ni..dia lah yg ajar aku benda2 ni..malang betul akak tu..satu benda yg aku berhenti jp dalam 20 minit..adalah dalam doploh kali aku tanya benda yang sama hokey...haha..macam dah naik kesian pon ada..tapi nak buat macamna..sebab aku yg kena gantikan tempat dia lepas ni..akak tu cuti pregnant..dah sarat mengandung dah sekarang...walawei..

Redo jew la yew...

Dah sekian...


****************************************************************

Wednesday, January 4

Assalamualaikum.

Hari ini aku semangat bangun tidur.hehe..semangat nak melakukan sesuatu dalam hidup aku dengan bersungguh-sungguh..antara azam aku 2012..Lagi,sebab si Manja,Musyuk aku dah mula sekolah.eksaited punya dia.bangun pagi awal,solat,dan siap2...dia eksaited aku lagi doploh lagi eksited..hehe..

Tapi...sejam bila aku dah dekat office aku dah mula rindukan dia..emm..aku tak risau sangat sebab Amat senang nak sesuaikan diri dekat tempat baru dan senang nak dapat kawan baru.mulut peramah lah katakan..

Aku dok lunch aku risaukan dia dah makan ke belum..alahai..cepatlah waktu office berlalu....huhu


  


     

Fudgy Homemade Brownies

Assalamualaikum There's many reason why I love brownies. Because they were easy to make, richest in chocolate and you don't even ne...