Tuesday, January 10

Jodoh

 Assalamualaikum


  Ini cerita weekend aku..lambat update sebab tak ada masa nak update..walaupun nak sangat aku update.

 Sabtu minggu depan rombongan merisik kakak aku datang..dan bila ayah aku bagitau aku,aku rasa satu perasaan...yang boleh aku simpulkan sebagai risau dan sedikit cemburu....eh cemburu?

  Okey jangan fikir bukan-bukan..cemburu bukan sebab aku kayu tiga apa..tapi cemburu sebab aku sebagai perempuan yang bakal jejak angka 20 an dalam lima bulan lagi..tapi masih tak punyai teman....err..aku tak ngeti explain....faham tak?

  Tapi aku bukan nak kahwin awal.bagi aku at least lepas aku habiskan degree,aku dah setahun dua kerja baru aku nak kahwin..dengan lelaki yang aku cinta.pastilah kan..hewhewhew...sebabkan perangai aku yang gelabah peliks,maksudnya disebabkan aku ni perempuan yang sangat susah nak suka seseorang...dan aku pun seorang yang yang memang sangat lupakan kekasih pertama,lupakan orang yang aku suka susah sangat..peliks kan..sebabkan itulah..bukan main banyak sebab aku risau..kalau-kalau aku dah umur 26 aku tak suka siapa2..kang orang cakap aku tak suka lelaki parah lah..hehe...maka sehari lepas tu aku siap buat janji dengan ayah aku..



Aku :Ehem..ayah sebenarnye kan,ada sesuatu yang nah nak cakap.


Ayah aku : amendenye?

Aku :Dalam family kita semua nak kena kahwin awal...(based on apa yang bapak aku bagitau sebelum ni..at least sebelum umur 26 dah kena kahwin..tak mahu sejarah berulang katanya)....so I'm really worried..ayah kalau lah umur Nah 25 tahun tak jumpa lagi lelak pilihan ..ayah silalah jangan malu-malu kambing carikan saya lelaki pilihan..cari lah asal kan orang kedah atau kelantan..muahehe..terselit sifat malu-malu

Ayah aku : Dengan tenang.."Kamu doa sajala "

Aku terus terdiam..doa..Ya Allah..



**********


Aku berfikir..Ya Allah aku meminta dekat ayah aku carikan lelaki yang sempurna..sampaikan aku terlupa untuk berdoa dan meminta daripada Allah..Aku tak berdoa dengan Allah..betapa alpanya aku...ampunkan aku ya-allah...





"mana lagi penting,berusaha mendapatkan jodoh atau mempersiapkan diri?
Sekiranya diri kta sudah siap dan sedia,jodoh itu tidak perlu dikejar tapi
sebaliknya jodoh yang akan mengejar kita.Wahai Muslimah,tidak perlulah dirimu terkejar-kejar akan cinta yang tidak pasti pasti tapi cubalah kejar cinta-Nya dan persiapkanlah dirimu dengan ilmu di dada demi mencari redha-nya...dan insyaallah suatu hari nanti pasti hadir insan yang terbaik buat dirimu "..






***************************



So,I'm praying for my sister...semoga berbahagia...amin

                   




                 

No comments:

Post a Comment

awak..sudi sudikanlah comment comment.. hehe

Fudgy Homemade Brownies

Assalamualaikum There's many reason why I love brownies. Because they were easy to make, richest in chocolate and you don't even ne...