Tuesday, July 31

'Terawih'







Salam hye to all .. how are you my awesome gangs ? I'm fine thank you hehe .. So how's your Ramadhan day's ? how much time you spent for Allah today besides ur Ramadhan days?  :)


So today nothing much happened really. As same other days, woke up , went to classes and gots a lots of assigments..students life kann haha ....and the special things at the days is the nights after Iftar with my housemates and did  my solah, next we're going together to P.I .. P.I refers to Pusat Islam a.k.a our/students mosque. It's really comfortable bebeh .  I really lovee Terawih. Do you ? It's the things  that I really loved to to in Ramadhan because we can't find it in another month's right ?....




me and wawa :)

Monday, July 30

Meraban









Hye to all my akhi wa ukhti. How are you ?

Sorry for not upating my blog for a long time. For no reason honestly huhu ..emm...I think I need to endured my roller coaster of emotions that I don't know why
and 
'banyakkan bersabar'


 I just woke up from my bed and eating 'Nasi Goreng Lada Hitam' for Sahoor and then finished my assignments ..students life lah kan .. huhu ..


The End


Happy Fasting :)




Heii did u noticed that ??!! Thats something weird on my pictures ..very clearly tau!  




My weight is gained ! In a ramadhan months  ! * sobs sobs



Saturday, July 28

Recipe : Begedil Kentang yang enak








Selamat malam ya akhi wa ukhti sekalian ..how are you today?? I'm fine alhamdulillah ..So today I think I shall talking bout myself lahhh .. hahaha just kidding ..wei dah dah apa kau merepek ni hah!

 So how's ur Ramadhan day so far ? I hope  this Ramadhan will help us and me more closer to the Al-mighty. Iftar hari ni sangat special because today we have wawa yang sangat baik hati untuk memasak begedil idaman Aisya . Actually, sebab siang tadi kami pergi dekat library just to lepak-melepak so bila tengah baca majalah Pa& Ma tiba-tiba Aisya tunjuk gambar begedil sambil buat muka kesian ..so we all decided balik terus pergi kedai beli bahan-bahan bhahaha



So here's the secret recipe nyerr ;


5- 6 biji kentang 
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Lada sulah
Daun sup ~ dipotong halus
1 biji telur
Garam
Minyak untuk menggoreng
Boleh campurkan juga bawang goreng kasar



Cara-cara penyediaan:
 
  1. First sekali, kena buang kentang, bersihkan dan potong ( kecil-kecil ). Goreng sehingga masak, kemudian toskan. Lepas dah masak panggil kawan-kawan lain untuk lenyekkan kentang yang tengah panas tu sehingga hancur ( lenyekkan  in any way , terserah la korang hahaha )
  2. Kemudian, potong bawang merah dan putih dan masak sehingga kekuningan
  3. Sediakan bekas sederhana besar untuk satukan sekali kentang yang telah dilenyek, bawang yang telah dimasak , bawang goreng kasar, daun sup, garam secukup rasa, tambahkan ladas sulah ikut kuantiti yang korang nak . Kemudian gaul rata.
  4. Bentukkan  adunan menjadi bulat lepas tu leperkan sedikit
  5. Pukul telur, kemudian celupkan tadunan tadi pada telur .
  6. Goreng sehingga nampak keperangan .






Hasilnya . Sangat enak tau . Thanks wawa . Love you :D




After this, feeling nak wat entry dalam bahasa omputeh lah .. because I want to improve my English skills and languange . Kadang-kadang kena biasakan dulu dengan penggunaan bahasa Inggeris mix dengan bahasa Melayu walaupun jelas tang tang berterabur hoii .. honestly, my grammar is not really good .. :'( 


The End


Happy Fasting 









Thursday, July 26

Why you call me Datin ?











Yo korang . Sihat ke ? Aku harap korang sihat walafiat dah sabar dalam menempuhi ibadah dalam bulan Ramadhan ni .. huhu sebab aku banyak dapat tweet, yang hari pertama puasa kawan-kawan sudah demam dan selesema ..ala kesian korang kan .. Aku pun sejak puasa hari kedua asyik batuk kering je maklumlah cuaca dekat PD agak panas. Dah la panas membakar lepas tu hari-hari asyik kena merajinkan diri menapak jauh pulak tu ..

Ni nak cerita sikit ,sejak aku daftar modul hari tu, sampailah hari ni budak sekuliah aku asyik panggil aku Datin ? err Datin ?? kenapa Datin ?? Walaupun aku pelik kenapa banyak-banyak panggilan, Datin jugak dipanggil . Diorang Jakun atau menganjing aku pun tak tahu ..wallahualam 

Banyak jugak lah persoalan yang bermain kat minda aku ..chewahh .. walaupun panggilan tu bukanlah apa je, taklah isu besar mana pun tapi aku nak tahu jugak kenapa huahaha . Okay kat sini aku listkan reasons yang munasabah yang bermain dekat kepalaotak aku sekarang ..



Persoalannya :


"Sebab aku berbeza dengan kawan-kawan perempuan yang lain, yang mana aku lebih gemar mengenakan  naturactor, contact lenses yang berwarna, eyeliner dan blusher ? "

"Aku jugak lebih suka memakai tudung  dan selendang yang diikat mengikut stail sekarang ? (memang la sebab baju kurung aku sikit der kena tukar-tukar tudung)"

"Aku juga dah terbiasa membahasakan kata ganti diri dengan panggilan I dan You..."

"Aku juga kadang-kadang kalau ke kuliah biasa memakai high heels ?" errr ....




Sungguh aku konfius, tak mengerti susah nak gambarkan perasaan aku sekarang , sebab aku tak tahu nak bagi respons apa sebab panggilan tu dah mengular sampai ke budak mekanikal lain.. budak-budak yang aku tak kenal pun panggil aku Datin .. err macam hampas ..

Cuba korang bagi dekat aku jawapan yang patut aku buat lepas ni ?? Contohnya macam list dekat bawah ni .... 

"Eh, apahal ko ni tetiba je !!"
"Alhamdulillah, mintak-mintak mulut ko masin dapat la aku tittle Datin tu.. eh boleh upgrade jadi Datin Sri Ir. ke wakakaka"
"Buat Tak tahu jew.. senyum je. Senyum tu sedekah ..hew hew"


The End

















Over sangat ke korang??







* Kalau ikut pandangan aku lah tak salah aku nak bergaya sikit. Walaupun kos  aku sekarang ialah kejuruteraan mekanikal bukanlah sebab utama aku tak boleh nak tampil bergaya macam perempuan lain. Kawan-kawan,sebab aku pun perempuan . Perempuan yang tulen okay. Perempuan yang sukakan kecantikan jugak . Aku rasa tak salah aku nak pakai eyeliner ke blusher ke contact lenses asalkan aku tak overdos...

Ingat lelaki je ke yang boleh pakai Lawa-lawa huhh!




Happy Fasting :D


Bye

Tuesday, July 24

Buruknya Mengumpat








hye korang .. tengah buat apa ? macamana hari ketiga bulan ramadhan korang ? Harapnya bulan ramadhan menjadi bulan yang terbaik untuk kita. Sebab nilah masanya kita topupkan kembali pahala kita dengan perkara-perkara kebaikkan . Tapi dalam masa bulan ramadhan ni lah muncul pelbagai dugaan dan cabaran untuk kita . Salah satunya ialah bahasa dan percakapan . Sebab kita tak tahu percakapan kita kadang-kadang  boleh mengundang dosa . Hati-hati dalam setiap patah perkataan dan percakapan kerana boleh menjadi ghibah atau perkataan popularnya ialah mengumpat .

Kat sini Ghibah bermaksud mengata seseorang tanpa pengetahuan tanpa pengetahuan orang tu . Dan apa yang diperkatakan selalunya tidak disenangi si mangsa .


Firman Allah bermaksud :

“Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)
 

Macam tulah beratnya dosa seseorang yang telah melakukan ghibah/ mengumpat sama ada sengaja atau tidak. Diibaratkan mereka yang memperkatakan sesuatu yang tidak betul itu seperti memakan mayat daging saudara mereka sendiri.






Entry dari blog cik epal ( sebab aku rasa entry ni yang paling sesuai nak terangkan perasaan aku sekarang sobs )


Bila kita kena umpat, itu maknanya orang tu ingat kita.
Orang yang mengumpat sebenarnya orang yang 'baik', sebab dia nak 'transfer' pahala dia dekat kita.. susah² aje. Orang yang mengumpat adalah penggemar setia kita yang banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan dan kelemahan kita.

Kita diumpat kerana orang tu tak mampu nak jadi macam kita, jadi secara realitinya si pengumpat telah mengakui kehebatan kita. Syukurlah.
Si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita.



* Actually aku nak tulis cerita sedih yang berlaku dekat diri aku hari ni, tapi its okay I got a new spirits . Maka terjadilah entry ni ..lala


The End

Happy Fasting :D

Sunday, July 22

Segmen Bayi Yang Comel












Selamat tengahari korang ...Siapa kat sini suka baby ?? macam biasa angkat kening please hohoho .. You know, aku ni memang pencinta baby .. kalaulah baby ni macam kucing dah lama aku bela banyak-banyak ..tapi aku suka baby je kalau bila dah besar sikit dah kurang perasaan suka tu ...muahaha

Dulu aku ada kenal ramai baby sebab dulu kakak aku jadi babysitter sekejap kat Puchong, salah seorang ialah baby Hafy ! kau tahap kecomelannye boleh membuatkan korang menggelupur tahu, rasa macam nak tebar-tebar je pipi dia setiap masa ...Tuhan je yang tahu betapa rindunya aku dengan budak-budak ni ... ( keletah dan perangainya yang Hyper kot sebab tu tak leh lupa ) 

Kat sini Hafy ada geng, nama dia Iman , Iman pulak ada kembar tapi Iman dengan Hafy tak berapa geng  dengan kembar Iman sebab kembar Iman suka tidur.

Iman ni pulak jenis yang gangsta sikit tak berapa boleh nak bawak bergurau abis calar muka kau nanti, tak pon dia yang calarkan muka dia ( kadang-kadang sebab bergadoh dengan kembar dia)







Baby Hafy yang gemok


Ni ialah baby Iman, gangsta sikit tapi Iman adalah perempuan ..hah ?!

Kita satu geng . Kau ada ?? hari-hari tawaf rumah sama-sama ..hehe

"Aku memang gangsta sikit, kalau ko nak bergurau dengan aku, aku calorkan muka kau, kalau tak dapat muka ko muka aku calorkan t bila mak aku tanya aku petik la nama ko"

*Okay ayat tipu






Salah satu habit Hafy ni ialah bila nampak je orang terus merangkak laju-laju, then kacau orang tu .. Contohnya ; gambar di bawah ni ye tuan-tuan , ternyata keletahnya memang tak dapat disangkal lagi bila dia sedaya upaya nak tarik kamera ..aigo ~~





Cuba korang perhatikan lagi gambar-gambar di atas jelas kelihatan air liur yang bersembur-sembur , bila gelak je dah bersembur-sembur, dulu mula-mula memang selalu salin baju sebab bayangkan baju boleh lencun dengan air liur je ! 





Lagi satu habit Hafy ni, suka sangat test gigi dia ..adakah dia mahu test ketajaman giginya ? atau mahu mencuba pelbagai perkara ? atau setiap barangan kelihatan seperti makanan sebab tu nak gigit je ? tak pe bila dah besar aku tanya huahaha nasib baik lah kau comel kan kan..






Sekian,

Happy Sunday and Happy Fasting..

Hari ni nak berbuka apa ye ?? 









Saturday, July 21

Super Awesome !





Siapa kaki fesyen kat sini ? angkat kening please ..hohoho. Honestly la,  aku dah lama nak suggestkan dekat korang website ni .. tapi selalu lupa bhahaha ..so alang-alang hari ni aku dah ingat apa salahnya aku terus share dengan korang website yang super awesome ni ..sebab apa awesome? sebab  semua ada kot..sebab tu lah awesome okay dah dah








Kat website ni selain jadi inspirasi korang dalam berfesyen, korang boleh juga jual pakaian, kasut atau beg yang korang dah tak pakai ..well, ada sesetengah orang rasa sayang nak buang tapi dah tak tahu nak simpan kat mana . Betul tak ??
Dont worry, www.friendlyfashion.com ada penyelesaiannya ..
Plus, dapat la korang menambahkan pendapatan sampingan korang ..

Caranya ( mengikut apa yang aku bacalah ) hanyalah korang purlu register dulu lepastu barulah korang upload gambar pakaian atau barangan yang korang rasa nak jual tu ..

Friendlyfashion ni dah ramai member tau , yang like kat FB pun dah 30k ++, so rasanya tak yah risau kalau takda pembeli ..



Korang boleh pilih je barangan mengikut kesukaan hati korang. Girang girang hati sebab harganya sangat berpatutan!



Yang aku rasa paling best adalah ruangan blog friendlyfashion.my . Walaupun aku bukan kaki fesyen sangat tapi aku rasa ruangan boleh dijadikan antara inspirasi dalam berfesyen ..sebab tu aku tolong suggest kat korang hehehe.. 
Setahu aku setiap hari diorang akan upload blogger-blogger yang ada sense of fashion nie chewah ! untuk dimasukkan dalam segmen Wonderful Women Blogger.

Like dulu friendlyfashion di facebook; 

atau follow di Twitter;

 Enjoy !

Happy saturday and happy fasting 

Friday, July 20

Ramadhan sudah datang








Hye uolls ..Tengah buat apa? macam tak percaya besok nak puasa dah kan ..sekejap je dah masuk bulan ramadhan pejam celik pejam celik jer ..pastu raya pulak hahaha..

Eh jap korang ingat lagi tak lagi tak macamana niat puasa ? Nah aku bagi ( pakcik google je ) malam kang dah boleh baca/ niat tau :D



kalau tak nampak boleh google je ..



Banyak kelebihannya bulan Ramadhan ni . Antaranya ialah ;

  • Dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.  
  • Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa dan apabila bertemu Allah kelak.  
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu malam Lailatul Qadar, dimana malam tersebut merupakan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan . Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambanya yang tidak pernah lari daripada melakukan dosa.




Besok jangan lupa bersahur ye kawan-kawan, sebab dengan bersahur pun kita dapat pahala.. paling koman pun korang bangun makan kurma dan minum sedikit air . ( tenaga siang hari kan )


Sabda Nabi s.a.w; " Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah " ( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a )







Selamat berpuasa kawan-kawan :D

Nestle Cereal Fitness Kecintaan Aku










Hye uolls .. sekarang tengah layan Running man ( kelas takde hoi ) hahaha ..tetiba pulak datang idea nak update belog.. sebab sambil guling-guling dengan running man sambil kunyah-kunyah Cereal daripada Nestle Fitness ni ...


Hari tu masa aku tengah beli barang dapur kat Jusco Buki Tinggi, sebab dah lama tak makan cereal nestle ( my fav hokay ) ni so aku ingat nak beli sekotak dua la buat stok sahur yela puasa besok je kan ... makan cereal ni waktu sahur memang kenyang sebab aku dah pernah try..tahan sampai berbuka ( tak rasa terlalu lapar ).. caranya korang just campur cereal, fresh milk, kismis dan buah-buahan


Bonus lagi bila aku beli Nestle Cereal ni aku akan dapat CD senaman ..tak silap aku ada dua CD dengan 2 warna berlainan ..jenis senaman pun berlainan..tapi satu kotak cereal yang korang beli tu dapat satu jew..


So hari tu aku dapat CD warna hijau, jenis senaman adalah aerobik ( satu lagi aku tak berapa pasti, aku beli dua tapi dua-dua aku dapat CD yang sama sob )...aerobik yang simple dan fun fun je tapi kalau buat banyak gila peluh keluar tau ( balik, malam tu terus buat wakaka )














Rachael Cohen la tukang conduct dia, memang semangat je, aku dah pancit sikit dia steady jer


Aerobik dia memang fun je, Yang sebelah kiri pakai baju hitam tu muka macam Taylor Lautner seh!


Aerobik yang diorang buat jenis yang senang-senang je tapi peluh banyak gila keluar kot





*Perkara Yang  Korang Mesti Ikut:
  1. Tanya pendapat doktor kalau korang nak buat senaman jenis ni sebab tak semua orang sesuai...... ( sebab aerobik adalah senaman yang dilakukan secara berterusan selama beberapa minit ) 
  2. Kalau korang rasa tak sihat, jangan teruskan hokay ( kang pengsan pulak susah )
  3. Jangan buat senaman kalau korang ada makan makanan berat 2 jam yang lepas



Selamat Menjalani Ibadah Puasa Besok kawan-kawan :D



Thursday, July 19

Terima Kasih banyak banyak korang










Hye uolls ..tengah buat apa tu? aku baru je bukak belog aku since semalam , yang aku update entry mengenai blog contest lyssa => click sini


Aku tak sangka belog cikai aku termasuk juga dalam entry khas lyssa juga => click sini ..then apa yang terjadi?? *suspen sikit wakaka






highlight merah tu belog saya :D



Tetiba follower aku terus bercambah-cambah, (eleh bajet banyak pulak follower kau kan)traffic pula sebelum ni takde la orang nak pandang lepas tu jadi banyak pula traffik belog ni, shoutbox pun ada orang yang sudi tinggalkan jejak ....No!aku bukan riak ke hapa ..aku cuma tak sangka sebab walaupun aku dah lama la wujudkan akaun blogspot ni, tapi aku baru je mula tulis entry, entry aku pun memang tak sampai seratus ..ye la aku baru start je mula buat entry 8 bulan lepas kot seingat aku lah hahaha



Walaupun aku tahu belog aku tak lah best ,tak penuh dengan entry yang berilmiah ke seperti blogger-blogger lain..sebab aku selalu je update mende yang merepek meraban je, yang bodoh-bodoh je haha...sesiapa yang jadi follower aku dari awal mesti tahu wakakaka


Insyaallah aku akan cuba updatekan belog aku at least satu entry sehari ..sikitnyer kan ??..kalau boleh aku memang nak sangat update bebanyak, kalau boleh nak update lebih daripada 3 entry sehari tapi memang tak berkemampuan, hari-hari aku sibuk lek lek dah masuk sem baru nih kena tumpukan kepada projek besar ...hehe



So thanks bebanyak dekat sesiapa yang follow belog ni, insyallah diri ini kuat untuk menghasilkan entry yang best setiap hari .. tinggalkan jejak anda disini untuk saya melihat belog anda kembali ..peace yo!


Thanks juga kepada Lyssa yang sudi masukkan link saya dekat belog awak ( terharu )

Wednesday, July 18

Blog Contest Lyssa












Hye uolls ..tengah buat apa ? Tadi aku baru ke belog lyssa which is antara my fav blog ..hehe ..okay nampaknya lyssa sekarang tengah join contest Levis untuk blogger .. Contest tu memerlukan orang vote, and of course I vote for her *wink ( smile ) .. 

Aku dah lama tahu dah fasal contest ni, tapi sebabkan aku bizi dengan report aku bagai then bila aku blogwalking, aku baca je kat belog orang muahaha, sampailah aku baca kat belog Lyssa baru nak buat entry ni .. hoii gila out to date baru nak buat entry kann

Lyssa jugak antara salah seorang finalis dalam Levi's Curve ID Blogger Award uolls!  Hey finalis ada lima orang je okay ! kelas kau kan..well, I know ramai yang vote lyssa ( follower2 :) )






Lysaa menggayakan Boot Cut Skinny (Demi Curve)




Okay sekarang meh nak ajar korang camane nak vote ( ayat copy paste from her blog..wee )




First korang kena ke link ni dulu okay http://www.eh.com.my/levis-curve-id-blogger-award-undi

Lepas tu tekan Log In dekat bahagian kanan PC

Lepas tu kena register dulu kan ..





Isi maklumat korang, don't worry korang register jangan takut untuk letak no phone tu...
Check email anda selepas register successfully. Then Click dekat yang ada anak panah tu




Kemudian korang Log In balik menggunakan email yang korang register tadi

Then tekan VOTE nama Lyssa okey

The End ..




Happy Wednesday :)








*Oh ye sehari sekali je vote, contoh kalau korang vote blogger lain korang tak boleh vote lyssa dah..sob

Wei korang pergi vote sekarang! haha

Suka dan Duka







Bonjour korang ..kalau kes tak boleh tidur nie nak jugak lah meng update kan cerita aku hari ni kann...hari ni macam-macam yang jadi, pagi gembira petang pulak sedih kan nak main mak ...okay cer cite-cer cita .. 

Pagi-pagi semangat pergi bengkel uolls ..tapi datang-datang je silap kelas ( dah malu kat situ ) lepas tu bila dah selamat sampai amik attendent jewwww ..aigoo ~~, pastu teman aisya pergi bank lepas tu menbuangkan masa yang terluang wakakaka


Aku jarang pergi Old Town sebab aku kan budak cikai je, jenis suka kat memana je, lapar cari jumpa makan je muahaha ..tapi tadi wawa ajak pergi lunch kat Old Town, aku pun "hah! PD pun ada Old Town Ke??!" gila betul katak bawah tempurung betul dah lama duduk tapi baru tahu.. tapi aku setuju nak makan situ sebab konon nak mengubati hati duka ( pandai ko kan )




Lokasi : OldTown White Coffe, Lukut



Memang "Take Your Time" betul


Time ni aku dah konfius-konfius nak makan apa, sedak air liur bandingkan harga



Then, wawa pun amik dan pilih kan order, She's an expert wakakaka

*Tipu

saya dan my beloved aisya


Mula-mula tenung je dulu



Tapi ni la jadi lepas tu hahaha



Nampak tak anak-anak betapa ceria nyer hati mak!



Okay makanan dah sampai, aku order OldTown Ipoh Chicken Hot Fan ..sedap tapi tak berapa nak kaw 



Aku memang expert pakai chopstick ni, aku kan gila korea muahaha





Lepas tu balik tukar baju laju-laju sebab dah peluh-peluh gila kot, datang taklimat projek petang pukul 4.30 ..taklimat tu memang tak dijangka terus bahagi kumpulan, koranggg!! menentukan masa depan dengan masa lima minit je! bagus kalau inform awal-awal! ..okay jujur time ni aku rasa down gila sebab aku tak jangka yang perangai selfish,tak matang  masing ada dekat orang yang dah umur 20 dan kenal selama 2 tahun.. aku taknak tulis siapa, kenapa sebab belog aku bukan privasi ponn..



*Orang cakap aku gemuk balik, hahaha ..emm....kena kurus balik ni..( fikir-fikir )



Fudgy Homemade Brownies

Assalamualaikum There's many reason why I love brownies. Because they were easy to make, richest in chocolate and you don't even ne...