Thursday, December 10

Masalah Hati



Assalamualaikum


Biasanya aku akan menulis bila masa aku ada masalah or dilema hati. Masalah hati aku kebanyakkan-nya tidak dapat dipublishkan di sini sebab macam complicated je hehehe. Dan sebab aku rasa menulis adalah something that can cured me instead sharing my problem dengan kawan kawan. 

Korang pernah tak rasa bila seolah olah ada waktu tu kita rasa tak boleh nak hadapi ujian dalam kehidupan ni, contohnya takde apa boleh dibuat dah dan tiada siapa kita boleh percayakan. Rasa lemas sangat dalam hidup tapi tak ada siapa yang boleh  membantu. waktu tu seolah olah kita tak boleh mara ke kehadapan, nak undur kebelakang apatah lagi. Rasa seolah olah dada terhimpit dan tersepit (berat nanang wehhh)

Waktu tu di depan mata hati hanya ada dua pilihan. Pertama, berpegang teguh, berharap dan meminta tolong dengan tuhan. mengadu hanya pada tuhan, sebab manusia kan dah tak boleh diharap. Pilihan kedua nih nauzubillah mohon dijauhkan, perlukah aku mengakhirinya dengan perasaan kecewa dan putus asa sahaja. Allah....

Bila mana aku rasa perasaan kedua tu cepat-cepat aku buka ikim kebetulan ikim ada tengah ada sesi Islam itu Indah oleh ustaz pahrol mohd juoi memang tengah cakap pasal masalah hati (pehh macam tau tau je kan, nampak tu tuhan nak bagi pertolongan dah dekat situ). Ustaz  ada cakap dalam ceramah, supaya cuba pesan berkali-kali dengan hati kita, pujuk dengan hati kita supaya ingatkan tuhan tidak uji lebih dari kemampuan kita untuk menghadapinya, walaupun susah dan walaupun dahsyat tapi ujian itu masih dalam kemampuan kita dan kita masih boleh memikul nya, cakap macam tu sebab Allah tidak akan sesekali memungkiri janjinya. Jika perlukan penyelesaian, percaya bahawa pertolongan allah pasti tiba. Dari segi psikologi manusia, keyakinan itulah akan tumbuh harapan.

Ustaz cakap waktu kita hilang harapan dengan hidup atau manusia waktu itulah pintu allah untuk membantu kita terbuka seluas-luasnya untuk kita cuma kita kena teruskan meminta dan merintih dengan tuhan. Apa yang semua ada di sebalik air mata kita percaya bahawa allah itu sentiasa ada dan dekat.


So to keep it short, this is keypoint yang dapat dari ustaz Pahrol;

Allah sedang memberitahu dengan datangnya masalah bahawa allah itu ada dan sentiasa dekat.

Keep hopes alive

Jangan berputus asa. Percaya pertolongan Allah pasti tiba dan pertolongan Allah dah dekat.

God is bigger than your problem. Ask for him. 


Akhirnya.

Mengadu lah pada Allah bukan pada manusia.



Thanks for reading :)

1 comment:

  1. Keep strong nana.. :) it is in a moment of decision that ur destiny is shaped... expect problem and eat them for breakfast..:)

    ReplyDelete

awak..sudi sudikanlah comment comment.. hehe

Fudgy Homemade Brownies

Assalamualaikum There's many reason why I love brownies. Because they were easy to make, richest in chocolate and you don't even ne...